Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Tuesday, March 22, 2011

TINTA DARI SERI IMAN....

SEBELUM PADA ITU MARILAH KITA MENYEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ALMARHUMAH TENGKU AMPUAN BARIAH YANG TELAH MANGKAT PADA 21/3/2011
SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T
INSYA-ALLAH










Peraturan sepanjang tempoh 40 hari berkabung

Assalamualaikum Warahmatullah...

hmmm...terime kasih banyoklah pade belake seme hok ikut blog ambe ning...dok follow pun...bace saje jadi doh...Alhamdulillah...sekurang2nye ade jugok hok nok bace blog ambe hok dok seberape ning...hok dok moden mane ni dok??hehehe...dakpe ar...sambil bace buleh dgr lagu ulek mayang..dok??..mmm..heheh...
gininglah..napok doh tajuk tu dok...emmm...meh pakat bace bowoh ning...

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah.
Pegawai dan kakitangan lelaki Melayu perlu memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci, manakala pegawai dan kakitangan wanita Melayu pula harus berselendang atau berkain tudung warna putih.
Sementara pegawai dan kakitangan yang berbangsa lain perlu mengenakan tali leher hitam atau lilitan hitam (armband) di sebelah kanan bagi lelaki dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita. Sementara polis dan tentera berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan masing-masing.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan peraturan perkabungan itu di Kediaman seri Iman, Kuala Terengganu, petang ini (22 Mac).
Selain itu, beliau berkata segala perhimpunan ramai dan majlis atau acara anjuran Kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan juga ditegah sepanjang tempoh perkabungan kecuali majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan riadah dan ilmiah.
“Jika ada pihak yang tidak menghormati dan ingkar peraturan sepanjang tempoh perkabungan dengan mengadakan majlis hiburan, mereka boleh dikenakan tindakan. Bagaimanapun, sebarang majlis itu perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu.
“Majlis kenduri kahwin juga tidak boleh diselitkan dengan acara hiburan. Perlawanan bola sepak adalah suatu bentuk riadah dan ia boleh diteruskan seperti biasa,” katanya.
Menteri Besar berkata, semua bendera negeri dan lain-lain bendera kecuali Jalur Gemilang di jabatan dan bangunan kerajaan negeri, persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan, bangunan perniagaan, perusahaan dan kediaman hendaklah mengibarkan bendera separuh tiang.
Beliau juga menyarankan orang ramai untuk turut sama mematuhi peraturan sepanjang tempoh perkabungan itu.
“Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu diminta mengeluarkan arahan kepada semua imam dan bilal masjid serta surau kerajaan supaya melakukan tahlil sepanjang tujuh hari berikutan kemangkatan almarhum,” katanya.
Almarhum Tengku Ampuan Bariah, 78, mangkat jam 1.07 pagi semalam, di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor.
Jenazah almarhum kemudiannya diterbangkan dari Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan pesawat C130 TUDM kira-kira 10.45 pagi dengan turut diiringi oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta tiga anakanda baginda.
Jenazah almarhum selamat disemadikan di Makam Diraja di Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang, bersebelahan dengan makam suaminya almarhum Sultan Mahmud Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail selepas solat semalam.

Gitulah dok..mehlah kite pakat ikut..mende hok kerajaan kabo tu...ade gok hok kate
"mende gok kabung2...emmhhh..."
kalu ade hok jenih gining..ikat..lepor dalam longkang...cakap base ikut sedak mulut...doh bakpe saloh ke gane??..bukan buat mende2 khurafat pun...doh tu..hok kalu bini mati laki tu...dokleh kluor rumoh 100 ari tu??...mende??...emmhh...gininglah ambe pun malah nok cakap panjang...
lagipun ade hikmoh segale kejadian hok blaku ning...


tepi masjid ning lah...jenazah almarhumah dikebumikan lebih kurang pukul 4ptg kelmarin...

Dato' Seri Haji Ahmad b Said...Menteri Besar Terengganu...mengumumkan mengenai peraturan berkabung di kediaman rasminya Seri Iman..


DYMM AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN...YDP AGONG Malaysia (Sultan Terengganu) sedang menyiram air di makam bonda tercinta semasa adat istiadat pemakaman semalam...




sapaa sini jelah...insyaALLAH kalu ade berite terkini ambe update lagi lah...
Assalamualaikum Warahmatullah...


No comments:

Post a Comment