Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Monday, March 21, 2011

TINTA DARI ISTANA...

Assalamualaikum Warahmatullah...

Haaa...pertame nye ambe nok ucapkan terime kasih kalu pade sumelah hok ikut bace blog ambe ning...terime kasih banyoklaa...hehehe...aaa...ikut pade tajuk tu memang suspen owp...special...heheh....

gininglah...
Ambe sebenornye nok ucap TAKZIAH pada semua kaum kerabat diraja TERENGGANU atas KEMANGKATAN ALMARHUMAH TENGKU AMPUAN BARIAH pade pukul 1.00pg takdi..untuk seterusnya...lebih lengkap lagi...buleh bace bawoh ning...



Dengan penuh rasa dukacita saya memaklumkan bahawa Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1 pagi semalam di Hospital Seri Kota,Klang.Baginda merupakan Tengku Ampuan(Permaisuri)Terengganu diantara tahun 1979 hingga 1998.Jenazah baginda akan disemayamkan di Astaka Khas DiRaja,Istana Maziah untuk memberi laluan kepada Raja-Raja serta Raja-Raja Perempuan Melayu memberikan penghormatan terkahir sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu.

Almarhumah Tengku Ampuan Bariah merupakan Bonda Tiri kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. dan Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata.Jika dilihat,hubungan kekerabatan Tengku Ampuan Bariah meliputi seluruh kerabat melayu kerana Almarhumah baginda merupakan Bonda saudara DYMM Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah,Adik-beradik berlainan ibu dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.

Menurut apa yang dilaporkan,Almarhummah menghadiri Majlis di sebuah hotel dan terjatuh di tempat kejadian serta mengadu sesak nafas.Kemangkatan baginda sesungguhnya merupakan kehilangan besar kepada rakyat Terengganu kerana kapasitinya sebagai Tengku Ampuan Besar satu ketika dulu.Saya secara peribadi amat menghormati almarhum kerana mempunyai sifat-sifat yang cukup terpuji dan baginda sentiasa low profile walaupun merupakan kerabat diraja dan berkahwin dengan Sultan Terengganu.Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh baginda sentiasa dicucuri rahmat,mendapat pertolongan dan syafaat.Amin




perjalanan perarakan jenazah....dari Masjid Putih ke Ladang

Add caption


Tengku Mizan Zainal Abidin



ning lah kalu nok kenaa Almarhumah Tengku Ampuan Bariah...




Gitulah..nok wak gane..setiap yang idup..mesti merasai mati...semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...insyaALLAH...

Assalamualaikum Warahmatullah...

No comments:

Post a Comment