Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Saturday, April 23, 2011

TINTA DARI DAPUR.. (resepi berasaskan durian)

Assalamualaikum Warahmatullah...

aaa....terime kasih banyok pade saing2 hok masih lagi setia neh..ikut blog ning...bace blog ning...
aaa...le ning musim durian dok??...mesti ramaa hok duk ligang makan durian...hok beli2...hok ambik pokok pun ade..hehehe...kot2 ane pun...arining...ambe nok post beberape resepi hok kait dgn durian...neh..aaa..
kang bosang gok kot duk sumbat pulut durian sokmo...dokpun pengat...aaa...kite tukor selere skit neh...heheh

#RESEPI PERTAMA : DURIAN PILLOW..


Bahan-bahan :
250g tepung
500ml susu segar ATAU santan
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
isi durian secukupnya
krim putar secukupnya

Cara-cara :
1. Letakkan tepung , telur , susu segar ATAU santan , garam dan beberapa titis pewarna kuning ke dalam mesin pengadun.
2. Adunkan sehingga sebati dan tapis adunan tersebut menggunakan penapis.
3. Panaskan kuali dan tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakannya menjadi bulatan. Masak adunan itu hanya dalam masa beberapa minit.
4. Ulang proses (3) hingga adunan habis.
5. Seterusnya , letakkan sesudu krim putar dan isi durian diatas adunan yang telah di masak itu tadi dan gulungkan ia sehingga kelihatan sepert bantal. (seperti dalam gambar)
6. Sedia untuk dihidangkan.

*sekiranya anda menggunakan santan pekat pastikan jumlahnya 400ml santan dan dicampur dengan 100ml air.



#RESEPI KEDUA : ONDE-ONDE DURIAN


Bahan-bahan : 
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan
kelapa parut secukup diperlukan
lempuk durian secukupnya
sedikit garam

Cara-cara :

1. Kisar daun pandan dan tapis serta ambil airnya
2. Uli tepung pulut, garam dengan air pandan tadi sehingga menjadi doh.
3. Sementara itu panas air di dalam periuk sehingga mendidih.
4. Bentukkan adunan tadi menjadi bulat dan masukkan lempuk durian sebagai inti.
5. Masukkan adunan yang telah berinti tadi kedalam periuk berisi air panas tadi dan biarkan adunan tersebut didalam periuk sehingga ia terapung-apung.
6. Seandainya ia telah terapung, makan bolehlah diangkat akan adunan tersebut.
7. Golekkan adunan tadi di atas kelapa parut.
8. Sedia untuk dihidang.

*sekiranya tidak mahu menggunakan air pandan anda juga boleh menggunakan pewarna hijau untuk mendapatkan warna hijaunya.
*kelapa parut juga boleh digaul dengan sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang enak.


#RESEPI KETIGA : KEK CHIFFON DURIAN


Bahan-bahan : 

Bahan 1
150ml santan
6 biji telur (kuningnya sahaja)
4 sudu besar minyak jagung
1/4 sudu kecil garam
150gm isi durian
1/4 aising durian
50gm gula kastor
140gm tepung

Bahan 2
6 biji telur (putihnya sahaja)
1/4 sudu kecil Cream of Tartar
100gm gula kastor

Cara-cara : 
1. Adunkan bahan-bahan (1) sehingga sebati dengan perlahan-lahan.
2. Kepuk telur putih sehingga berbuih sambil memasuk sesudu demi sesudu gula ke dalamnya sehingga buih itu kaku. Sehingga ia berbentuk seperti gunung.
3. Secara perlahan-lahan masukkan adunan (1) ke dalam adunan (2) iaitu puith telur yang telah dikepuk itu tadi sehingga sebati.
4. Bolehlah dibakar adunan itu dalam suhu lebih kurang 175(darjah celcius) dalam masa lebih kurang 45minit.
5. Apabila masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.


aaa...gitulah lebih kurang...sedikit sebanyok resei hok pakaa durian neh...lepah pade ning buleh laaa neh...try2..hehehehe...resepi no.1 dgn no.2 tu senang je dok???...no.3 tu susoh sket...tapi kate orang tu...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....
emmm....insyaALLAH pade mase akan datang ambe post puloklah resepi2 hok pakaa buoh lain pulok neh...
mase ambe duk nulih resepi ning...ambe tertanye2...ade dok org kite hok dok reti buat onde2 ek??...hahahahha...berat nanag ar gitu...hohohoo....
sapaa sining je neh...kite jupe lain kali...

Assalamulaikum Waramatullah...

2 comments:

  1. Salam perkenalan.. baru jumpa blog ni masa duk merayap kt internet ni cari resepi berasaskan durian.
    Wahh... bagus ni.. baru jer tgh duk pikir nok buat kuih menda ngan duriang yg bergolek2 kt dapur kt rumah nun.. Nak try la buat kek durian.. hehe...

    ReplyDelete
  2. salam kenal jugak dari saya...dok cr nak wat pengat durian...resepi sdr dah ade..cume nak cr yg best agi...cam best jew DURIAN PILLOW tue..:)

    ReplyDelete