Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Saturday, April 23, 2011

AKHBAR ONLINE

Aaaa..pade saing2 ambe hok minat bace surat kabor teganukite buleh gi sining...

teganukite

SK BUKIT KUANG TERPILIH MELAKSANA KELAS MAYA KEEMPAT






Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang, Kemaman, telah dipilih sebagai sekolah keempat di negeri ini melaksanakan kelas maya, bagi menggalakkan pelajar menggunakan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).
Bagi tujuan itu, pelbagai peralatan ICT akan mula dipasang di sekolah berkenaan dalam masa terdekat ini di mana selepas ini para pelajarnya berpeluang belajar secara ‘on-line’ dengan guru-guru mereka.
Sebelum ini, tiga sekolah di negeri ini dipilih melaksanakan kelas maya iaitu SK Paya Bunga di Kuala Terengganu; SK Kompleks Seberang Takir (Kuala Terengganu) dan SK Telok Kalong (Kemaman).
“Kita akan melaksanakan kelas maya di SK Bukit Kuang ini dalam tempoh tiga bulan lagi,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Kuang, petang ini.
SK Bukit Kuang merupakan sekolah kedua di daerah Kemaman melaksanakan kelas maya dan keempat di negeri Terengganu.
Kelas Maya yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak awal tahun ini telah mendapat perhatian banyak negara yang berminat melaksanakannya di negara mereka.
“Terbaru Arab Saudi turut berminat untuk melawat negeri ini bagi melihat sendiri pelaksanaan kelas maya,” katanya.

Kelas maya pertama di SK Paya Bunga, Kuala Terengganu.

TERENGGANU MAHU KEKAL TAHTA JUARA SUKMA...

Terengganu bersedia menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, Kuala Lumpur dengan meraih kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut pada pada 2 hingga 12 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata pasukan Terengganu mensasarkan 48 pingat keseluruhan dengan 24 emas, 15 perak dan sembilan gangsa.

“Semua pihak yang terlibat terutama atlet dan pengurus sukan digesa melakukan yang terbaik bagi mengekalkan kejuaraan seperti yang pernah dicapai sebelum ini.

“Selain itu mereka perlu melakukan perubahan kepada kaedah dan mekanisme penyediaan atlet yang lebih baik, mampan dan lebih meyakinkan untuk mengulangi kejayaan itu,” katanya ketika berucap di Kejohanan Futsal Piala YAB Menteri Besar 2011, di Sport Planet, Gong Badak, Kuala Terengganu, petang semalam (23 April).

Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said hadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Haji Khazan Che Mat dan pemimpin setempat.

Sebanyak 16 pasukan dengan penglibatan 1,280 peserta menyertai kejohanan anjuran Pemuda, Puteri Umno dan Kelab Remaja Terengganu.

Kejohanan itu mampu menyemai semangat kerjasama antara peserta, melahirkan belia aktif bersukan dan mampu menjauhkan diri anak-anak muda daripada gejala tidak bermoral.

Pasukan Menteri Besar dan Kelab Wartawan Terengganu turut beraksi dalam kejohanan itu sebagai gimik perasmian.

Haji Rozi turut memberitahu, mereka diingatkan jangan sesekali berasa selesa dengan kejayaan lalu tanpa melakukan apa-apa tindakan ke arah memastikan kejayaan tersebut berulang dengan lebih cemerlang.

7 PERINGKAT NAFSU HATI MANUSIA...

Assalamulaikum Warahmatullah...

aaa....terime kasih banyok pade saing2 hok teruh meneruh bace blog ambe ning neh...emmmm...hok jadi followers pun trime kasih....
kali ning ambe nok kongsi pasal se cerite...tgk tajuk tahu doh owp??....emmm....meh bace...


Selama menjalani kehidupan didunia hati manusia akan mengalami perubahan dari keadaan keruh menjadi jernih melalui tujuh tingkat nafsu.
Para ahli tasawuf membagi nafsu manusia menjadi tujuh tingkatan , yaitu

1. Nafsul Amarah, ini adalah tingkatan yang paling rendah. Nafsul amarah cenderung mendorong manusia untuk melakukan perbuatan keji dan rendah. Keberadaan nafsu ini Disebutkan dalam s. Yusuf ayat 53
Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Sifat orang yang mempunyai nafsul amarah antara lain mudah marah, sombong, takabbur, tamak, kikir , dengki dan hasud, sering memperturutkan keinginan syahwat secara berlebihan.


2. Nafsul Lawwamah, tingkat yang lebih tinggi adalah nafsul lawwamah. Nafsu ini sering mengkritik dan menyesali tindakan yang tidak patut yang dilakukan atas dorongan nafsul lawwamah. Keberadaan nafsu ini disebutkan dalam S Al Qiyamah ayat 2:
dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) 
Pada tingkatan ini seseorang akan menyesali perbuatan buruknya, dia sering merenung dan mengkritik semua perbuatannya yang keliru. Selanjutnya dia berusaha agar perbuatan buruk yang telah dilakukan tidak terulang lagi.

3. Nafsul Mulhammah, tingkat nafsu yang ketiga adalah nafsul mulhammah. Keberadaannya disebutkan dalam S Asy Syam ayat 7-10.
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
Orang yang telah mencapai tingkatan ini telah mampu mengendalikan dirinya dari keingainan nafsu yang rendah. Ia bisa membedakan yang hak dan batil. Ia selalu menjaga dirinya dari melakukan perbuatan tercela dan selalu berusaha untuk meningkatkan iman dan taqwanya. Berusaha mengerjakan amal soleh sebanyak banyaknya.

4. Naffsul Muthmainnah, tingkat nafsu yang kempat adalah nafsul Muthmainnah, keberadaan nafsu ini disebutkan dalam S Al fajr 27-31. 
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.
Orang yang telah mencapai tingkat ini jiwanya jadi tenang , penuh rasa tawakkal, ridho dengan semua ketetapan Allah , tidak disentuh rasa duka , sedih dan cemas. 

5. Nafsul Radhiah , orang yang mencapai tingkat ini selalu merasa puas dengan apa yang diterimanya dari Allah . Bagi mereka sama saja kejadian baik maupun buruk yang menimpanya. Hatinya tidak terpengaruh oleh kehidupan dunia. Mereka selalu kembali pada Allah dan ridho dengan semua keputusannya.

6. Nafsul Mardhiyah, Tingkat ini lebih tinggi daripada Nafsul Radhiyah. Ia adalah orang yang sangat dekat dan dicintai Allah. Merekalah yang dimaksud oleh salah satu hadist Qudsi:
“SENANTIASA HAMBAKU MENDEKATKAN DIRI KEPADAKU DENGAN MENGERJAKAN IBADAH IBADAH SUNAH HINGGA AKU CINTA PADANYA. MAKA APBILA AKU TELKAH MENCINTAINYA, JADILAH AKU PENDENGARANNYA YANG DENGANNYA IA MENDENGAR, PENGLIHATANNYA YANG DENGANNYA IA MELIHAT,PERKATAANNYA YANG DENGAN YA IA BERKATA KATA, JADILAH AKU TANGANNYA YANG DENGANNYA IA BERBUAT, JADILAH AKU KAKINYA YANG DENGANNYA IA MELANGKAH, DAN AKALNYA YANG DENGANNYA IA BERFIKIR”
Semua langkah dan perbuatannya dilakukan atas bimbingan dan petunjuk Allah, seperti apa yang telah dilakukan Nabi Khidir dan tidak dipahami oleh Nabi Musa .
Dia tidak bertindak dengan kemauan sendiri, melainkan dengan bimbingan dan kehendak Allah

7. Nafsul Kamilah, ini adalah tingkatan para Nabi dan Rasul, manusia suci dan sempurna, yang selalu berada dalam pengawasan dan bimbinganNya. Terpelihara dari perbuatan yang tercela.
Untuk meraih tingkatan nafsu dari level rendah sampai yang tinggi seperti tersebut diatas diperlukan perjuangan yang gigih dan ulet. Tidak bisa didapat dengan santai tanpa usaha yang maksimal. Untuk naik dari satu tingkat ketingkat yang lebih tinggi dibutuhkan waktu yang cukup lama sampai bertahun tahun.
Insya Allah dengan hati yang bersih dan jernih kita bisa meraih kemenangan dunia dan akhirat. Menjalani hidup berbahagia didunia dan akhirat , tidak ditimpa kesedihan dan duka yang berlarut larut. Kelak ditempatkan Allah di taman syurga yang abadi dan hidup kekal selamanya disana.

Gambar sekadar hiasan
sekian dulu...aaa...sdikit ilmu ning moleklah kalu kite kongsi2 neh...bukan mende ilmu Allah s.w.t atah dunia nih banyok bedooh....jadi gitulah...

Assalamualaikum Warahmatullah...

TINTA DARI DAPUR.. (resepi berasaskan durian)

Assalamualaikum Warahmatullah...

aaa....terime kasih banyok pade saing2 hok masih lagi setia neh..ikut blog ning...bace blog ning...
aaa...le ning musim durian dok??...mesti ramaa hok duk ligang makan durian...hok beli2...hok ambik pokok pun ade..hehehe...kot2 ane pun...arining...ambe nok post beberape resepi hok kait dgn durian...neh..aaa..
kang bosang gok kot duk sumbat pulut durian sokmo...dokpun pengat...aaa...kite tukor selere skit neh...heheh

#RESEPI PERTAMA : DURIAN PILLOW..


Bahan-bahan :
250g tepung
500ml susu segar ATAU santan
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
isi durian secukupnya
krim putar secukupnya

Cara-cara :
1. Letakkan tepung , telur , susu segar ATAU santan , garam dan beberapa titis pewarna kuning ke dalam mesin pengadun.
2. Adunkan sehingga sebati dan tapis adunan tersebut menggunakan penapis.
3. Panaskan kuali dan tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakannya menjadi bulatan. Masak adunan itu hanya dalam masa beberapa minit.
4. Ulang proses (3) hingga adunan habis.
5. Seterusnya , letakkan sesudu krim putar dan isi durian diatas adunan yang telah di masak itu tadi dan gulungkan ia sehingga kelihatan sepert bantal. (seperti dalam gambar)
6. Sedia untuk dihidangkan.

*sekiranya anda menggunakan santan pekat pastikan jumlahnya 400ml santan dan dicampur dengan 100ml air.



#RESEPI KEDUA : ONDE-ONDE DURIAN


Bahan-bahan : 
1 bungkus tepung pulut
4 helai daun pandan
kelapa parut secukup diperlukan
lempuk durian secukupnya
sedikit garam

Cara-cara :

1. Kisar daun pandan dan tapis serta ambil airnya
2. Uli tepung pulut, garam dengan air pandan tadi sehingga menjadi doh.
3. Sementara itu panas air di dalam periuk sehingga mendidih.
4. Bentukkan adunan tadi menjadi bulat dan masukkan lempuk durian sebagai inti.
5. Masukkan adunan yang telah berinti tadi kedalam periuk berisi air panas tadi dan biarkan adunan tersebut didalam periuk sehingga ia terapung-apung.
6. Seandainya ia telah terapung, makan bolehlah diangkat akan adunan tersebut.
7. Golekkan adunan tadi di atas kelapa parut.
8. Sedia untuk dihidang.

*sekiranya tidak mahu menggunakan air pandan anda juga boleh menggunakan pewarna hijau untuk mendapatkan warna hijaunya.
*kelapa parut juga boleh digaul dengan sedikit garam untuk mendapatkan rasa yang enak.


#RESEPI KETIGA : KEK CHIFFON DURIAN


Bahan-bahan : 

Bahan 1
150ml santan
6 biji telur (kuningnya sahaja)
4 sudu besar minyak jagung
1/4 sudu kecil garam
150gm isi durian
1/4 aising durian
50gm gula kastor
140gm tepung

Bahan 2
6 biji telur (putihnya sahaja)
1/4 sudu kecil Cream of Tartar
100gm gula kastor

Cara-cara : 
1. Adunkan bahan-bahan (1) sehingga sebati dengan perlahan-lahan.
2. Kepuk telur putih sehingga berbuih sambil memasuk sesudu demi sesudu gula ke dalamnya sehingga buih itu kaku. Sehingga ia berbentuk seperti gunung.
3. Secara perlahan-lahan masukkan adunan (1) ke dalam adunan (2) iaitu puith telur yang telah dikepuk itu tadi sehingga sebati.
4. Bolehlah dibakar adunan itu dalam suhu lebih kurang 175(darjah celcius) dalam masa lebih kurang 45minit.
5. Apabila masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.


aaa...gitulah lebih kurang...sedikit sebanyok resei hok pakaa durian neh...lepah pade ning buleh laaa neh...try2..hehehehe...resepi no.1 dgn no.2 tu senang je dok???...no.3 tu susoh sket...tapi kate orang tu...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....
emmm....insyaALLAH pade mase akan datang ambe post puloklah resepi2 hok pakaa buoh lain pulok neh...
mase ambe duk nulih resepi ning...ambe tertanye2...ade dok org kite hok dok reti buat onde2 ek??...hahahahha...berat nanag ar gitu...hohohoo....
sapaa sining je neh...kite jupe lain kali...

Assalamulaikum Waramatullah...

TINTA DARI HATI 8...

Assalamualaikum Warahmatullah

haiihhh...lame sungguh berase dok nulih sining.....berabuk skali doh kate...heheeheh....sakning sebelum pade nok nulih ning...ambe dang gok sekejap duk sipang barang dalam blog ning...duk kemah hok mane buleh lah..kate orang tu dok???...aaaa....tapi ambe takmboh laa nok letok banyok barang ngat...takut kekgi jadi berat nanag..nok buke...ambe buat blog ning simple-mimple je...aaa...kene orang hok internet slow pahtu buke blog ambe ning dok ar ttekang ngat dok??...senang je loading....hehheheh...

mule2 skali...ambe nok ucap terime kasihlah pade saing2 hok setia bace blog ambe ning...hok jadi followers...trime kasih banyok2....tanpe saing2 sapelah ambe...heheheehh...

Jam menunjukkan 2.28pm. Ramai disekitarku sedang membisikkan perkara-perkara yang semakin hebat dituturkan.
"ko pegi? ko pegi?"
Diri ini hanya memerhati dari sudut terpencil. Kadang-kadang teringin juga diri ini bersuara.
"Aku pun nak pegi jugaklah"
"Alah...ko tak kena...ko pulak sibuk..."
Apa yang diri ini boleh perlakukan..

hheheeh...saje je...sebenornya ambe lame dok main dengan bahase...ambe ning pun sebenornye ada bakat jugok kalu setakat nok main dengan bahase. Nok buat novel...nok buat cerpen...buleh belake..pantun??...senang kopehh2...

mesti ramaa hok tanye owp...mendelah hok atah tu. Gining sebenornye...di kolej ambe ning ade pemilihan JKO...Jawatankuase Katok Orang...atau dengan kata lain...JawatanKuasa Orientasi...hahahha.

"doh mende JKO oww??"

JKO ning hok ninglah...bahagian urus budok2 baru nok masuk kolej ning...Die mende ning memang ade tiap2 tahunlah...kebetulan pulok tahun ning YDP MPP kolej ambe ningkawan skelas ambe sdiri hok pegang..Jadi otomatiklah ye duduk harap budok kelah ambe ning ramaa hok gi...dok pun sorang due jadi doh...sebab napok cakak sedak ngat...pahtu gak mase malam interview tu takdok sorang pun hok gi...dari kelah ambe ninglah...

"doh mung..bakpe dok gi??"


soheh ade hok kate gitu...dengor sining...bace molek neh...ambe bukannye takmboh gi...tapi kebetulan malam tu jugok ambe ade mesyuarat lain...oleh sebab ambe ning JPP (Jawatankuasa Pengurusan Program)...jadi ambe kenelah gi situ...

ade se agi sebab..mase dalam kelah ambe pun ade bunying...
" aku nok gi gok ar... "
pahtu adelah suare kattok wong bunying...
"mung nok gi??...mung sdiri dok kene orientasi...mung pulok nok buat orientasi ke orang lain??"

ning orang panggil bodoo...base bengong...padahal die tusape..YDP hok duk sebeloh ambe ning pun dok kate mende...siap suruh gi pulok...hok lain jadi lebih...

"kot2 ye guraa kot"

guraa tahik ye gitu...muke serupe rimaa mari bulang...ye serengeng abih tee...

BUKAN AKU NOK MARI LEWAT BODOO...ORANG ATASAN NUNG NOK TETAP DOH GINING...ALAH TONGONG NYELAAHHH....NING ORANG KATE...DOK RETI NOK CAKAK DOK SOH CAKAK...MUNG BUKE JE TAKDOK HAL LAIN...WAK BERASE HATI ORANG...MUNG INGAT MUNG TU BETUL BELAKE???...CAKAK DOK PAKAA OTOK...PAKAA LUBANG JUBORR....

panah molek kalu teringat....haiiyyyy...sakit ati berase...
sapaa sining jelah post ning neh...gi tgk hok lain pulok...hehehe

Assalamualaikum Warahmatullah...