Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Tuesday, August 16, 2011

TINTA DARI DAPUR... (ISTIMEWA RESEPI KUIH MUIH UNTUK BERBUKA PUASA)

Assalamualaikum Warahmatullah...

aaaa....skali lagi...arining ambe nok kongsi beberape resepi...khas untuk kite belake seme....resepi2 kuih-muih untuk berbuke puasa.... ambe ambik dari Guane Gamok Orang Kite (Terengganu)...


Akok...

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung (tapi saya guna 70 gm)

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.



Bubur Cha Cha...

Bahan-bahan :



Tepung caca -ada jual kat kedai(warna-warni)
Sebiji ubi keledek
Segenggam biji sagu
Daun pandan
Santan
Garam & gula melaka secukup rasa




Cara-cara :


Rebus ubi keledek hingga mendidih
Masukkan tepung caca dan kacau
Masukkan santan dan daun pandan
Tambah sagu biji
Masak sehingga sagu kembang dan agak2 keledek dah lembut
Masukkan garam dan gula

Puding Gula Hangus...

Bahan-bahan ( sekeluarga )

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air
Cara-cara

Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.....
..

Koleh Kacang...

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan (500ml) santan
secubit garam

Bahan2 air gula:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan (250ml) air
sehelai daun pandan - disimpul

Bahan2 tahi minyak:
1 cawan (250ml) santan pekat

cara:
masakkan 1 cawan santan pekat ke dalam mangkuk non-stick sehingga menjadi tahi minyak lebih kurang 1/2 jam dan sentiasa kacaukan
selepas itu tapiskan tahi minyak tadi dan jangan dibuang lebihan minyak
masukkan semula minyak tadi ke dalam mangkuk tadi
masak semua bahan2 air gula sehingga larut
tutupkan api dan biarkan sejuk
tapiskan air gula tersebut
selepas itu satukan tepung kacang hijau, air gula, garam dan 2 cawan santan ke dalam mangkuk
kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi
kacaukan adunan sehingga pekat dan likat seperti kastard
pastikan adunan dikacau selalu dan tidak berbentil
setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
biarkan kuih keras dahulu sebelum dipotong dan ditaburkan dengan tahi minyak

Koleh Lemok...

Bahan-Bahan :

2 cawan tepung beras
6 cawan air sejuk
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
7 biji halba
1 biji kelapa (dibahagi 3)
1 cawan gula

Cara Menbuatnya :

i) Cara Membuat Koleh Lemak:-
1. Tepung beras dibancuh dengan air dan dikacau sehingga sebati.
2. Jerang di atas api , kacau hingga kering dan kental baru di angkat dan dituang dalam talam kecil. 3. Ratakan setebal 1 1/2 inci dan sejukkan.

ii) Cara Membuat Kuahnya:-
1. 2/3 daripada kelapa tadi diperah dan diambil santannya.
2. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.
3. Jerang di atas api, biar mendidh dan angkat.
4. Untuk memekatkannya, kuahnya dibubuhkan 2 sudu tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air dan dituangkan ke dalam kuah tadi.

ii) Cara Membuat Sambal:-
1. 1/3 darpada kelapa tadi digoreng dengan api yang sederhana, bila garing, angkat dan tumbuk 1 hiris serai, 3 ulas bawang merah, 3 hiris halia dan tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan 1 ekor ikan kembung yang dibakar dan digaul dengan sambal tersebut.


Aaaa.....tu diaaa......banyok resepi tu...pakat try testlah hok mane se neh....sapaa sining dulu...
Assalamualaikum Warahmatullah....

3 comments: