Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Sunday, August 28, 2011

TINTA DARI HATI 22 (SYAWAL MENJELMA)

Assalamualaikum w.b.t

Aaaa..terima kasih banyoklah hok mule2 ambe ucap pade saing2 kite hok terus menerus follow dan bace blog ning...
kalin ning ambe nok buat perutusan sikitlah sempena Aidilfitri ning...heheheh...

SELAMAT HARI RAYA DAKU UCAPKAN PADA SEMUA YANG MENYAMBUTNYA...
SEMOGA SYAWAL KALI INI AKAN MEMBAWA PENUH ERTI DAN KEBERKATAN...


aaaa...ning last minute punye entry ning....takdok maselah nok bleber banyok2...sebab banyok agi keje hok duk tunggu nung...almond london dok celup lagi....beras dok basuh lagi...muge pagi raye buat nasi dagang..hehehe...
ni pun eh...duk nulih hok pendek ketot ning pun berhenti due tige kali...gi wak keje lain...
oklah...
MAAF ZAHIR BATIN ANDAI KATA ADA SALAH DAN SILAP DALAM SEPANJANG BLOG NI DIPERKENAL.....
semua dijemput datang kerumah....
heheheh....
ASSALAMUALAIKUM....

Wednesday, August 24, 2011

TINTA DARI HATI 21......PERKARA SUNAT AIDILFITRI....

Assalamualaikum Warahmatullah....

Aih...lame jugok dok???..ambe dok nulih sining.....aaaaaa...rindu jugok berase...ke seme followers....hok bace....teima kasih banyok....nok wak guane....dok dang nok update....sibuk be dooh....

oklah....kali ning ambe nok kabo sikit je pasal Hari Raya hok nok mari ning.....pasal mende2 sunat ari rayer....aaaaa..meh pakat baca...


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran.
Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.
Daripada hadis pula sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Maksudnya : Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.



AMALAN SUNAT AIDILFITRI...


1. Takbir. 

Anda boleh mula bertakbir selepas maghrib nanti.

2. Mandi sunat hari raya. 

Jikalau 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, anda boleh niat untuk sunat hari raya dan sunat hari Jumaat.

3. Merapikan badan.

Potong kuku, misai, bulu hidung dan mana-mana bahagian lain yang perlu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.



4. Memakai pakaian yang terbaik dalam koleksi anda.

Pakaian yang terbaik tak semestinya pakaian baru. Boleh gunakan pakaian yang pernah digunakan serta bersesuaian untuk ke masjid atau surau.

5. Menjamah makanan sebelum solat.

Pada Hari Raya Aidilfitri, anda disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar (mengerjakan sembahyang hari raya)  pada hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan dan tidak makan pada hari raya adha sehinggalah Baginda sembahyang (hari raya adha).”

6. Mengucapkan tahniah.

Anda digalakkan mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun tahniah kepada umat Islam yang lain sebagai tanda melahirkan kegembiraan.

Sekiranya ada rakan anda yang bersedih, bantulah mereka dari segi emosi. Tenangkan atau sabarkan mereka atas dugaan yang dihadapi.


7. Solat Sunat Aidilfitri.

Sebaiknya anda solat secara berjemaah di masjid. Namun, sekiranya anda tak sempat atau terbangun lewat, boleh lakukan secara bersendirian.

8. Pergi dan balik ke masjid dengan melalui jalan yang berlainan.

Tujuan disunatkan perkara ini supaya anda dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Secara tak langsung, ia boleh mengeratkan silaturahim sesama anda.

9. Bersedekah.

Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.



10. Zakat Fitrah.

Bagi anda yang berkemampuan, tunaikanlah zakat fitrah ya.

11. Ziarah-menziarahi.

Ziarah atau berkunjung ke rumah keluarga serta sanak saudara mahupun jiran tetangga memang menjadi dah menjadi adat.

Namun, di samping anda ziarah-menziarahi tu, niatkan sekali yang tujuan anda ialah untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Kan lebih elok macam tu. :)

12. Meraikan anak yatim.

Anda boleh meraikan anak yatim yang dalam kesedihan. Maklumlah, mereka pasti teringat atau terkenang akan bapa, ibu atau kedua-dua orang tua yang telah pergi.


13. Puasa 6

Amalan puasa 6 hari dalam bulan Syawal memang tak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bermula pada 2 Syawal, anda boleh lakukannya secara berturut-turut atau tidak.


Bawoh ning pulok...meh kite tgk takbir raya sket.....

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.
emmm....oklah neh....sapaa sining jelah kot arining......kite jupe pulok lain kali....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR BATIN...

Tuesday, August 16, 2011

TINTA DARI DAPUR... (ISTIMEWA RESEPI KUIH MUIH UNTUK BERBUKA PUASA)

Assalamualaikum Warahmatullah...

aaaa....skali lagi...arining ambe nok kongsi beberape resepi...khas untuk kite belake seme....resepi2 kuih-muih untuk berbuke puasa.... ambe ambik dari Guane Gamok Orang Kite (Terengganu)...


Akok...

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung (tapi saya guna 70 gm)

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.



Bubur Cha Cha...

Bahan-bahan :



Tepung caca -ada jual kat kedai(warna-warni)
Sebiji ubi keledek
Segenggam biji sagu
Daun pandan
Santan
Garam & gula melaka secukup rasa




Cara-cara :


Rebus ubi keledek hingga mendidih
Masukkan tepung caca dan kacau
Masukkan santan dan daun pandan
Tambah sagu biji
Masak sehingga sagu kembang dan agak2 keledek dah lembut
Masukkan garam dan gula

Puding Gula Hangus...

Bahan-bahan ( sekeluarga )

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air
Cara-cara

Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.....
..

Koleh Kacang...

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan (500ml) santan
secubit garam

Bahan2 air gula:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan (250ml) air
sehelai daun pandan - disimpul

Bahan2 tahi minyak:
1 cawan (250ml) santan pekat

cara:
masakkan 1 cawan santan pekat ke dalam mangkuk non-stick sehingga menjadi tahi minyak lebih kurang 1/2 jam dan sentiasa kacaukan
selepas itu tapiskan tahi minyak tadi dan jangan dibuang lebihan minyak
masukkan semula minyak tadi ke dalam mangkuk tadi
masak semua bahan2 air gula sehingga larut
tutupkan api dan biarkan sejuk
tapiskan air gula tersebut
selepas itu satukan tepung kacang hijau, air gula, garam dan 2 cawan santan ke dalam mangkuk
kacaukan sehingga sebati dan tidak berbentil
masukkan ke dalam mangkuk yang berisi minyak tadi
kacaukan adunan sehingga pekat dan likat seperti kastard
pastikan adunan dikacau selalu dan tidak berbentil
setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
biarkan kuih keras dahulu sebelum dipotong dan ditaburkan dengan tahi minyak

Koleh Lemok...

Bahan-Bahan :

2 cawan tepung beras
6 cawan air sejuk
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
7 biji halba
1 biji kelapa (dibahagi 3)
1 cawan gula

Cara Menbuatnya :

i) Cara Membuat Koleh Lemak:-
1. Tepung beras dibancuh dengan air dan dikacau sehingga sebati.
2. Jerang di atas api , kacau hingga kering dan kental baru di angkat dan dituang dalam talam kecil. 3. Ratakan setebal 1 1/2 inci dan sejukkan.

ii) Cara Membuat Kuahnya:-
1. 2/3 daripada kelapa tadi diperah dan diambil santannya.
2. Masukkan gula, bawang, halia dan halba.
3. Jerang di atas api, biar mendidh dan angkat.
4. Untuk memekatkannya, kuahnya dibubuhkan 2 sudu tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air dan dituangkan ke dalam kuah tadi.

ii) Cara Membuat Sambal:-
1. 1/3 darpada kelapa tadi digoreng dengan api yang sederhana, bila garing, angkat dan tumbuk 1 hiris serai, 3 ulas bawang merah, 3 hiris halia dan tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan 1 ekor ikan kembung yang dibakar dan digaul dengan sambal tersebut.


Aaaa.....tu diaaa......banyok resepi tu...pakat try testlah hok mane se neh....sapaa sining dulu...
Assalamualaikum Warahmatullah....

TINTA DARI HATI 20 ( Nuzul Quran)

Assalamualaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah...arini kita masuk dh ke hari 17 dalam bulan Ramadan....toteh2 17 hari dh kite pose dok???..aaaaa
dok lame ekgi rayelah kite ning belake seme....
lamerasenye dok update blog ning....berhabuk kelong doh...hehehe...sibuk weh...nk wak gane....

Nuzul Quran...mende hok kite paham??....
memang dh ramaa hok tahu....arininglah turunnye Quran dok?...
tapi sejaroh die tahu dok???.....aaaaaa
kalu dok tahu...meh pakat bace sikit bawoh ning...




عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم أخبرته؛ أنها قالت: كان أول ما بدئ به رسول الله صلى الله عليه وسلم من الوحي الرؤيا الصادقة في النوم. فكان لا يرى رؤيا إلا جاءت مثل فلق الصبح. ثم حبب إليه الخلاء. فكان يخلو بغار حراء يتحنث فيه. (وهو التعبد) الليالي أولات العدد. قبل أن يرجع إلى أهله. ويتزود لذلك. ثم يرجع إلى خديجة فستزود [فيتزود؟؟] لمثلها. حتى فجئه الحق وهو في غار حراء. فجاءه الملك فقال: اقرأ. قال قلت: “ما أنا بقارئ” قال، فأخذني فغطني حتى بلغ مني الجهد. ثم أرسلني فقال: اقرأ. قال قلت: ما أنا بقارئ. قال فأخذني فغطني الثانية حتى بلغ مني الجهد. ثم أرسلني فقال: اقرأ. فقلت: ما أنا بقارئ فأخذني فغطني الثالثة حتى بلغ مني الجهد. ثم أرسلني فقال: {اقرأ باسم ربك الذي خلق. خلق الإنسان من علق اقرأ وربك الأكرم. الذي علم بالقلم. علم الإنسان ما لم يعلم} [96/العلق/ الآية-1-5] فرجع بها رسول الله صلى الله عليه وسلم ترجف بوادره حتى دخل على خديجة فقال “زملوني زملوني” فزملوه حتى ذهب عنه الروع. ثم قال لخديجة” أي خديجة! ما لي” وأخبرها الخبر. قال “لقد خشيت على نفسي” قالت له خديجة: كلا. أبشر. فوالله! لا يخزيك الله أبدا. والله! إنك لتصل الرحم وتصدق الحديث، وتحمل الكل، وتكسب المعدوم، وتقري الضيف، وتعين على نوائب الحق. فانطلقت به خديجة حتى أتت به ورقة بن نوفل بن أسد بن عبد العزى. وهو ابن عم خديجة، أخي أبيها. وكان امرأ تنصر في الجاهلية. وكان يكتب الكتاب العربي ويكتب من الإنجيل بالعربية ما شاء الله أن يكتب. وكان شيخا كبيرا قد عمي. فقالت له خديجة: أي عم! اسمع من ابن أخيك. قال ورقة بن نوفل: يا ابن أخي! ماذا ترى؟ فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم خبر ما رآه. فقال له ورقة: هذا الناموس الذي أنزل على موسى صلى الله عليه وسلم. يا ليتني فيها جذعا. يا ليتني أكون حيا حين يخرجك قومك. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم “أَوَمُخْرِجِيَّ هم؟” قال ورقة: نعم. لم يأت رجل قط بما جئت به إلا عُوْدِيَ. وإن يدركني يومك أنصرك نصرا مؤزرا

Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu’anha, istri Nabi Shallallahu alaihi wassalam ia berkata:
“Wahyu pertama yang diterima Rasulullah adalah mimpi yang benar. Setiap kali beliau bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya Subuh. Kemudian beliau sering menyendiri. Biasanya beliau menyepi di gua Hira’. Di sana, beliau beribadah beberapa malam, sebelum kembali kepada keluarganya (istrinya) dan mempersiapkan bekal untuk itu. Kemudian beliau pulang ke Khadijah, mengambil bekal lagi untuk beberapa malam. Hal itu terus beliau lakukan sampai tiba-tiba wahyu datang ketika beliau sedang berada di gua Hira’. Malaikat (Jibril as.) datang dan berkata: Bacalah. Beliau menjawab: Aku tidak dapat membaca. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Malaikat itu menarik dan mendekapku, hingga aku merasa kepayahan. Lalu ia melepaskanku seraya berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dia menarik dan mendekapku lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian ia melepaskan sambil berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya ia menarik dan mendekapku sehingga aku merasa kepayahan, lalu ia melepaskanku dan berkata: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam pulang membawa ayat tersebut dalam keadaan gemetar, hingga beliau masuk ke rumah Khadijah seraya berkata: Selimuti aku, selimuti aku! Keluarganya pun menyelimutinya, hingga gemetarnya hilang. Kemudian beliau berkata kepada Khadijah: Hai Khadijah, apa yang telah terjadi denganku? Lalu beliau menceritakan seluruh peristiwa. Beliau berkata: Aku benar-benar khawatir terhadap diriku. Khadijah menghibur beliau: Jangan begitu, bergembirahlah. Demi Allah, Allah tidak akan merendahkanmu selamanya. Demi Allah, sungguh engkau telah menyambung tali persaudaraan, engkau jujur dalam berkata: engkau telah memikul beban orang lain, engkau sering membantu keperluan orang tak punya, menjamu tamu dan selalu membela kebenaran. Kemudian Khadijah mengajak beliau menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, saudara misan Khadijah. Dia adalah seorang penganut Kristen di masa Jahiliyah. Dia pandai menulis kitab berbahasa Arab dan menerjemahkan kitab Injil ke bahasa Arab, sesuai dengan kehendak Allah. Dia telah tua dan buta. Khadijah berkata kepadanya: Paman, dengarkanlah cerita keponakanmu ini (Muhammad). Waraqah bin Naufal berkata: Hai keponakanku, apa yang engkau alami? Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menceritakan semua peristiwa yang beliau alami. Mendengar penuturan itu, Waraqah berkata: Ini adalah Namus (Jibril as.) yang dahulu datang kepada Musa as. Seandainya saja di saat kenabianmu aku masih muda. Oh… seandainya saja aku masih hidup pada saat engkau diusir oleh kaummu. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bertanya: Apakah mereka akan mengusirku? Waraqah menjawab: Ya, setiap orang yang datang mengemban tugas sepertimu pasti dimusuhi. Jika harimu itu sempat kualami, tentu aku akan membelamu mati-matian.”

عَنْ جابر بن عبدالله الأنصاري (وكان من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم) كان يحدث. قال:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يحدث عن فترة الوحي (قال في حديثه) “فبينا أنا أمشي سمعت صوتا من السماء. فرفعت رأسي. فإذا الملك الذي جاءني بحراء جالسا على كرسي بين السماء والأرض” قال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فجئثت منه فرقا. فرجعت فقلت: زملوني زملوني. فدثروني. فأنزل الله تبارك وتعالى: {يا أيها المدثر. قم فأنذر. وربك فكبر. وثيابك فطهر. والرجز فاهجر} [74/المدثر/ آية 1-5] وهي الأوثان قال: ثم تتابع الوحي.

Dari Jabir bin ‘Addullah Al Anshory Radhiyallahu‘anhu, ia berkata :
“Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda : “Ketika aku sedang berjalan, kudengar suara dari langit, lalu aku mengangkat kepalaku (menengadah), malaikat yang datang kepadaku di gua Hira’ duduk diatas kursi diantara langit dan bumi. Lalu aku berjalan cepat karena ketakutan dan kembali pulang dan mengucapkan: “Selimuati aku, selimuti aku!” Lalu aku diselimuti dan Allah Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi menurunkan ayat: “Hai orang yang berselimut! Bangunlah dan berikan peringatan! Agungkanlah Tuhanmu! Bersihkanlah kainmu! Dan jauhilah berhala!” Sesudah itu, wahyu turun berturut-turut.”

Friday, August 5, 2011

TINTA SEMPENA RAMADAN...(AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN)


Assalamualaikum Warahmatullah...

aaaa...lame ambe dok bersame belake seme neh...sibuk skit...nk wak guane....heheheh...
Ahamdulillah...kita masuk lagi dalam bulan yang mulia ning...bulan pose...ramadan...
Mungkin ninglah doa puok2 kite pade tahun lepah....nok lagi berase pose dalam bulan Ramadan..Alhamdulillah...doa kite belake seme...dimakbulkan oleh Allah s.w.t...

Bulan pose ning memang satu bulan orang kate tu...bulan yang memang penuh dengan ibadat....mula dengan terawih pade malam pertama...pahtu witir...pahtu kalu rajin tadarus pulok....pahtu sahur...kalu dang....tahajjud pulok...pagi tu kalu ade mase relax...dhuha pulok....petang tu..kalu hok nege di bazar...negelah...ade hok keje..kejelah...pahtu garik pakat balik nok bukke pulok...lepah bbuke terawih pulok....aaaa...gitulah kitaran secara teruh meneruh di bulan pose ning...aaaaa

kite tgk skit dalil pose kite..

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
Aaa.....tulah die..sdikit sebanyok....dari Surah Al-Baqarah...dalil yang mengatakan bahawa kita semua ning...umat Islam..wajib pose neh...
sebenornye ambe ade ulasan lain pasal dalil ning...tapi dakpe...kite buat lain kali neh...
cume ning orang kate tu....mukoddimoh jelah neh...

aaaa..gambor atah ning pun kite buleh tahu..mende sebenornye hok ade dalam bulan pose ning...
10 hari pertama = Kerahmatan
10 hari kedua = Keampunan
10 hari ketiga = Kebebasan dari api neraka.

Pun ambe ade ulasan..tapi kite tawakuh dulu neh...

Tahun ning merupakan tahun kedua ambe berpose di perantauan..biaselah..nasib...orang belajor memang gining dok??..aaa..tapi dakpe...suke jugok kadang tu...sebab kite buleh menghayati erti sebenor Ramadan tu...hok tu hok penting sebenornye...ambe pun le ning dok bbuke sorang diri gok...bbuke skali dgn geng2 suraa...makan dalam talam siap...ikut sunnah..heheheh...berkat insyaALLAH...

dan arini jugok merupakan antara dugaan hok ambe kene jalani..takdilah...ambe terpaksa berbuke dalam KTM..sebab ade masaloh bekalan kuasa...kabel putuh....sakit tayar...dakpelah...kot2 mane pun....sabor jelah neh...

Harapan ambe pade tahun ning jugok...dapatlah dipertingkat segala ibadah hok lepah2 doh..orang kate...cereluh cerelah neh....aaaaa...gitulah..
insyaALLAH..buleh....aaaa...sapaa sining jelah kot dulu neh...ambe nulih....smula2 pulok kite jupe...
Jangan lupe like Tinta Anak Terengganu di Facebook neh....
sapaa sining jee...
Assalamualaikum Warahmatullah...

Masjid Sultan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Putih
terletak di Bandaraya Kuala Terengganu