Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Saturday, April 23, 2011

TERENGGANU MAHU KEKAL TAHTA JUARA SUKMA...

Terengganu bersedia menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, Kuala Lumpur dengan meraih kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut pada pada 2 hingga 12 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata pasukan Terengganu mensasarkan 48 pingat keseluruhan dengan 24 emas, 15 perak dan sembilan gangsa.

“Semua pihak yang terlibat terutama atlet dan pengurus sukan digesa melakukan yang terbaik bagi mengekalkan kejuaraan seperti yang pernah dicapai sebelum ini.

“Selain itu mereka perlu melakukan perubahan kepada kaedah dan mekanisme penyediaan atlet yang lebih baik, mampan dan lebih meyakinkan untuk mengulangi kejayaan itu,” katanya ketika berucap di Kejohanan Futsal Piala YAB Menteri Besar 2011, di Sport Planet, Gong Badak, Kuala Terengganu, petang semalam (23 April).

Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said hadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Haji Khazan Che Mat dan pemimpin setempat.

Sebanyak 16 pasukan dengan penglibatan 1,280 peserta menyertai kejohanan anjuran Pemuda, Puteri Umno dan Kelab Remaja Terengganu.

Kejohanan itu mampu menyemai semangat kerjasama antara peserta, melahirkan belia aktif bersukan dan mampu menjauhkan diri anak-anak muda daripada gejala tidak bermoral.

Pasukan Menteri Besar dan Kelab Wartawan Terengganu turut beraksi dalam kejohanan itu sebagai gimik perasmian.

Haji Rozi turut memberitahu, mereka diingatkan jangan sesekali berasa selesa dengan kejayaan lalu tanpa melakukan apa-apa tindakan ke arah memastikan kejayaan tersebut berulang dengan lebih cemerlang.

No comments:

Post a Comment