Search This Blog

Pengikut Setia~~~

Friday, July 22, 2011

TINTA DARI HATI 18 (Cover-up)

Assalamualaikum Warahmatullah....

aih...lame sungguh ambe dok update neh....aaaaaa
jadinye...mule2 sekali ambe nok mitok maaf sebab sepi tanpe berite lame ngat doh doh ning....aaaaaaa
Terima Kasih pade belake seme hok follow blog ambe dan jugok hok LIKE di Facebook neh...aaaaa...molek dh tu....dan jugok hok menjadikan blog ambe ning sebagai rujukan tertentu untuk ilmu2 agam yang ada...dan pade mereka yang jadi 'silent reader' neh...sebenornye ambe lame dok update sebab banyok aktiviti.....
kalu nok ikut kronologi...bace bawoh ning....hehehehe

1. Bertugas sebagai Jawatankuasa Orientasi Kerohanian KSKB Sungai Buloh selama seminggu.
2. Bertugas sebagai Fasilitator untuk program Juniorku Sayang KSKB Sungai Buloh setiap subuh , maghrib dan   
    isyak selama seminggu.
3. Bertugas sebagai Jawatankuasa Pengelola Program Perhimpunan Program Jurupulih Carakerja KSKB Sungai      
    Buloh.
4. Menghadiri Majlis Pembubaran dan Perlantikan AJK Islamic Friendship Society.
5. Menghadiri Majlis Perlantikan AJK baru untuk Gerak Kerja Komuniti Peringkat Program.
6. Bertugas sebagai fasilitator untuk Program Rehlah Mahabbah Juniorku Sayang.
7. Bertugas sebagai Naqib untuk Program Usrah lanjutan dari Juniorku Sayang.
8. Menghadiri Mesyuarat AJK Induk Komuniti KSKB Sungai Buloh.

aaaa...tulah sedikit sebanyok aktiviti2 yang memang ambe gi sertai...dan memang menghalang ambe untuk update blog ning....pahtu gak eyh....same dgn fb...jarang online le ning....dan ambe memang bertamboh sibuk sebab untuk Semester ning ambe pegang 3 Jawatan.

  • Setiausaha Induk Gerak Kerja Komuniti KSKB Sungai Buloh
  • Ketua Exco Dakwah Islamic Friendship Society KSKB Sungai Buloh
  • Setiausaha Komuniti Peringkat Program Jurupulih Carakerja
Aaaaa....jawatan besor belake ning....tapi setakat ning ambe...Alhadulillah.....sebab Allah s.w.t beri ambe kekuatan untuk bawok 3 jawatan ning.....Alhamdulillah....oklah...setakat ning jelah kot...
sebenornye ade lagi ambe nok kabor ning....tapi gitu arh.....simpan dulu neh....

Assalamualaikum Warahmatullah.....

Wednesday, June 29, 2011

TINTA ILMU....( 9 Asnaf Penerima Zakat )

Assalamualaikum Warahmatullah...

aaa....terima kasih pade saing2 ambe hok teruh meneruh bace blog ambe ning neh....dang jugok pade semua followers tu...aaa..terima kasih banyok neh.....

Dalam ruangan baru ning....TINTA ILMU....kali ning kite belajor skit mengenai 9 asnaf penerima zakat...sebab tgk pade tu ramaa sangat hok keliru ning dok???...aaaa...meh3..pakat bace...dan buat rujukan kalu ade masaloh...

Ketahuilah, bahawa tiada berhak untuk menerima zakat itu melainkan seorang Muslim yang ada padanya salah satu dari sifat-sifat asnaf delapan yang tersebut di dalam al-Quran al-Karim:
1. Fakir: iaitu orang yang tiada harta dan tiada mampu pula bekerja. Barangsiapa yang boleh bekerja akan terkeluarlah ia dari kategori seorang fakir.
Jika ia sedang menuntut ilmu dan yang demikian itu telah menghalangnya dari bekerja maka dikiralah ia seorang fakir dan kekuasaannya untuk bekerja itu tiada dikira.
Tetapi kalau ia seorang ‘abid (beribadat), sehingga ibadatnya itu menghalangnya dari bekerja disebabkan terlalu banyak ibadatnya dan semua waktunya dihabiskan kerana berwirid maka hendaklah ia disuruh supaya bekerja. Sebab membuat pekerjaan untuk mendapatkan sara hidup itu, adalah lebih penting daripada menghabiskan kesemua masanya pada ibadat dan wirid semata-mata.
2. Miskin: iaitu orang yang pendapatannya tidak mencukupi perbelanjaan yang mesti dikeluarkan. Seseorang itu boleh jadi memiliki seribu dirham, padahal ia boleh dikira miskin sedangkan orang yang tidak memiliki apa-apa kecuali sebilah kapak dan sepotong tali, padahal ia boleh dikira kaya.
Demikian pula pondok kecil yang dimilikinya dan sepasang pakaian yang membalut badannya sekadar hal saja, itu semua tidak dapat merampas darinya nama seorang miskin. Begitu juga dengan perkakas-perkakas rumahtangga yang diperlukan di rumah menurut keadaan atau kebiasaan tidak dapat mengeluarkan namanya dari kategori seorang miskin. Termasuk juga kalau ia mempunyai kitab-kitab fiqh yang banyak, kerana tentulah dia berhajat kepadanya untuk mengetahui hukum-hukum agama.

3. Para amil: iaitu orang-orang yang bekerja untuk mengumpulkan zakat termasuk dalam senarai ini semua orang yang bekerja sebagai kerani, jurukira penyimpan harta zakat dan orang yang bertugas untuk memindahkan harta zakat.
4. Orang yang dibujuk hatinya menganut Islam atau yang dipanggil muallaf; iaitu seorang ketua sesuatu puak yang memeluk Islam, sedangkan ia ditaati oleh kaumnya. Sebab diberikan kepadanya sebahagian daripada zakat, ialah untuk mengukuhkan kepercayaannya kepada Agama Islam dan menggalakkan pula pengikut-pengikutnya dan orang lain sepertinya untuk memeluk Agama Islam.
5. Hamba abdi: iaitu untuk maksud menebus dirinya daripada perhambaan, sama ada dibayarkan harganya kepada tuan punyanya untuk dimerdekakan, ataupun diberikan bahagian zakat itu kepadanya sendiri supaya ia menebus dirinya daripada perhambaan (sekiranya ia hamba mukatab – pent.).

6. Gharim atau orang yang dibebani oleh hutang: iaitu kiranya ia berhutang kerana tujuan-tujuan ketaatan ataupun kerana sebab yang mubah (harus) seperti perbelanjaan ke atas anak-isteri misalnya sedangkan ia di dalam keadaan fakir, tak punya daya untuk membayar hutang itu.
Kiranya ia berhutang kerana tujuan maksiat maka tiadalah ia diberikan dari bahagian zakat itu, melainkan jika ia telah bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
Kiranya ia seorang yang kaya (misalnya mempunyai harta benda – pent.), maka tiadalah boleh ditunaikan hutangnya itu dari bahagian zakat, kecuali jika ia berhutang itu kerana faedah dan maslahat orang ramai, ataupun kerana tujuan memadamkan fitnah dan huru-hara.

7. Orang mujahid atau yang berperang fi-sabilillah: iaitu orang yang tiada menerima apa-apa bayaran berupa upahan atau gaji dari negara, maka diberikan kepada mereka itu satu bahagian dari zakat, meskipun mereka itu tergolong orang-orang yang kaya-raya, kerana pemberian itu adalah untuk menggalakkan mereka supaya terus berperang.
8. Ibnu sabil: iaitu orang yang meninggalkan negerinya untuk mengembara ke negeri orang bukan kerana maksiat, atau kerana terlantar di negeri orang dan tak punya wang untuk kembali, maka bolehlah diberikan kepadanya bahagian zakat, kiranya ia seorang fakir ataupun kiranya ia mempunyai harta di negeri lain, diberikan sekadar belanja untuk sampai ke negeri itu saja.
Jelas belake dh neh...aaaa..dakpe ar tu....jupe lain kali pulok....
Assalamualaikum Warahmatullah...

Tuesday, June 28, 2011

test lagi....

lalalallalalalalalla

lalallaalala...kate doh...testing

TESTING....

haihhh...saje je sebenornyeeee...testing.....untuk read more....
`
`
`
`
`
`
`
`

`
`
`
`

TINTA DARI HATI 17 ( Kecuaian Membawa Padah )

AssalamualaikumWarahmatullah...

Aaaaaa.....terima kasih saya ucapkan pada anda semua yang terus menerus membaca blog saya yang tidak sehebat blog2 saudara dan saudari di sana...heheheh...dan begitu juga kepada anda semua yang LIKE di Facebook serta menjadi followers di sini...terima kasih...kepada anda semua....

Entry kali ini saya hanya ada sedikit nasihatlah kepada anda semua....sama ada bakal ibubapa ataupun sudah menjadi ibubapa ataupun ibu tunggal serta yang sewaktu dengannya....

ANAK....merupakan satu amanah daripada Allah s.w.t...
ANAK...merupakan satu harta yang tidak ternilai dari Allah s.w.t

Jadi...ingatlah...jagalah anak kita tu dengan sepenuh perhatian....
sebab itulah ada peribahasa yang menyatakan "Bagai menatang minyak yang penuh"...
bukan menatang dalam bahasa Terengganu yang bermaksud "binatang"...tetapi bermaksud menjaga dan memelihara....dalam konteks inilah...sesuai dgn maksudnya...


Sepertimana yang dipaparkan dalam video di atas...sewajarnyalah...para ibubapa mengambil berat akan anak-anak mereka....
Dalam video di atas....si anak...secara spontannya DIGELEK oleh sebuah MPV...
Ke mana ibunya???....walaupun membeli ingatlah dimana anak anda...
Tapi mungkin kerana sifat LALAI yang ada pada manusia ini yang menyebabkan hal ini berlaku....
Sooo...mesejnya disini...
SAYANGILAH ANAK-ANAK ANDA...
KERANA IA ADALAH AMANAH DARI ALLAH S.W.T

Dalam Islam...amanah merupakan sesuatu yang sangat berat...sehinggakan sekiranya seseorang itu memecah amanah...ia akan di kategorikan sebagai MUNAFIK......

Wahai saudara dan saudari.....FIKIRKANLAH dan RENUNGKANLAH~~~~

Assalamualaikum Warahmatullah...

TINTA DARI HATI 16 ( Kini Di Facebook )

Gambar Profil Tinta Anak Terengganu di Facebook
Assalamualaikum Warahmatullah...

Aaaa....guane gamok belake saing2???...sehat walafiat neh....gitulah mudoh2an...aaaa....ninglah ambe nok kabor se....le ning....blog ambe ning Tinta Anak Terengganu ade doh di Facebook....klik jelah....pahtu like...dok pun dekat blog ambe ade ikon "LIKE" tu..pakat tekan lah belake seme neh...

Bukan mende...senang..kalu ade entry2 terbaru...bolehlah belake seme pakat jenguk di Facebook Tinta Anak Terengganu...
Pahtu gak...memang ambe akan update lah segale entry terbaru..khas untuk pembaca belake seme....
dok kire asal dari Terengganu atau luar terengganu....
Blog dan Facebook nih untuk semua... 1Malaysia...
dok gitu???....aaaa....meh2...
"LIKE" tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan Jutaan penghargaan Terima Kasih....

TINTA DARI HATI 15 (Pantai Tercantik Dunia)

Assalamualaikum Warahmatullah...

Aaaa...ape kaborlah...belake seme...terima kasih berterusan ambe ucap pade saing2 hok ade sining....hok teruh meneruh jadi followers....jadi "silent readers" dan mcm2 lagilah...terima kasih ambe ucapkan....

Oklah...arining takmboh cakap banyok...kite tgk gambor jee neh...
Kali ning pasal 10 PANTAI TERCANTIK DI DUNIA....
Anguilla

Boracay, Philippines

Kondoi Coral beach, Okinawa, Japan

Horseshoe Bay Bermuda

Fernando de Noronha, Brazil

Lanikai Beach, Hawaii

Maldives

Mnemba Lodge, Tanzania

Tulum Beach, Mexico
Whitehaven beach, Australia
Aaaa....lawo dok????....ah tu diaaa.....lawo jugok tu...tapi biarlah...ambe nok tamboh due agi...pantai hok sememangnye lawo...tapi terlepah pandang....

Pantai Pandak , Chendering , Terengganu

Pantai Batu Buruk , Kuala Terengganu
aaaa....tu dia...sapaa sining jelah....jupe balik sekali agi neh....jgn lupe tekan like neh...kat fb tu....

Assalamualaikum Warahmatullah...